Jumaat, 13 Mei 2011

Lukisan " SERINGGIT".....

Lama juga aku tidak update blog ku ini......sejak kebelakangan ini kesibukan melanda.........hai hari ini hati ku begitu teruja untuk menulis sesuatu dalam blog ini apabila anak ku menunjukkan sesuatu kepada ku. Seperti biasa selepas pulang sekolah aku dan anak bungsu ku akan lepak dalam bilik sambil selak-selak majalah.......merehatkan minda sambil begolek-golek atas tilam. aku tidak memperdulikan aktiviti anak ku pada masa itu.....ku lihat dia mengambil sekeping kertas, sebatang pensil, pemadam dan warna pensilnya. Aku mula tertarik melihat gelagatnya mula melukis sambil bercakap-cakap sendirian. Melukis merupakan hobinya....aku perlu buat sesuatu dengan hobinya ini....tiba-tiba dia bersuara....."Umi....E'an mau jual ni lukisan E'an...! " aku seperti salah dengar....kemudian dia mengulangi lagi" Umi....E'an mau jual ni lukisan E'an dekat sekolah kakak Iqin." aku tergamam...apa pulak budak ni mau jual lukisan.....aku tanya semula....kalau mau jual berapa E'an mau jual?? SATU RINGGIT. Pantas aja dia menjawab. dia merasa seringgit tu amat besar. Mau saja ku ketawa.....aku tanya lagi....duit seringgit tu E'an mau buat apa??? E'an mau simpan dalam tabung.....".haduiiiiiii.........tekilan juga aku dengar jual lukisan untuk isi tabung dia...pintar betul la......lepas saja siap lukisan tu dia pun bagi kat aku..." Umi....nah scan masukkan di laptop".....hahahaha sekali lagi aku tergamam.....adududui dia suruh aku publish lg kat komputer. Bah , marilah jual lukisan tu sama Umi saja. Aku pun ambik lukisan dia dan bagi dia duit syiling seringgit. Bukan main suka lagi dia dapat jual lukisan nya..........nak lihat lukisan nya jap ku upload arr......




Terima kasih daun keladi, kalau sudi baca lagi entri seterusnya :)

0 ulasan: